Hidangan ini diperbuat dari mi telur kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kari yang agak pedas manis. Kari diperbuat dari kentang, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering, dan kacang tanah. Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, calamansi limes, spring onions, Chinese celery, green chillies, tauhu goreng (tau kwa), bawang merah goreng dan tauge. Sesetengah tempat makan menghidangnya dengan daging lembu, walaupun jarang ditemukan di pusat gerai, atau menambah kicap gelap pada mi apabila dihidang. Hidangan ini juga datang dengan satay.
Pada masa lepas, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak yang membawa dua bakul ke atas tiang. Satu bakul mengandungi dapur dan pot air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan.
Di sesetengah kawasan, oleh kerana situasi tempatan, suatu kepelbagain mirip Mi rebus ini digelar Mi Jawa.