karipap


karipap





Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.
Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan