cendol



Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara. Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau, ais and gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung.
Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan. Dahulunya, jeli ini diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.
Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh 90 tahun.